GAZA: Jumlah kematian di Gaza sehingga kini meningkat kepada 687 orang termasuk 140 kanak-kanak, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Palestin, pada hari Isnin.

CNN melaporkan, kementerian berkenaan memaklumkan, bilangan mangsa yang cedera telah mencapai 3,726 orang dengan 10 peratus daripadanya terdiri daripada kanak-kanak - sejak serangan Israel bermula.

Kementerian itu mendakwa pasukan Israel telah menyerang ambulans menyebabkan 11 ambulans dan sebuah lagi kenderaan perkhidmatan kesihatan yang sepenuhnya dimusnahkan dan tidak boleh digunakan selepas itu.

Kementerian kesihatan berkata, ia terus berhubung dan bekerjasama dengan organisasi global dan kemanusiaan untuk menangani kekurangan ubat-ubatan, peralatan perubatan, dan bahan api di hospital.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin juga memberitahu, jumlah kematian di Tebing Barat pula setakat ini seramai 17 orang, manakala mangsa yang cedera pula berjumah 90 orang.

Mereka yang terbunuh di Tebing Barat termasuk tiga kanak-kanak. - CNN